Teknologi komunikasi adalah merupakan teknologi yang moden yang digunakan sebagai alat komunikasi untuk berhubung antara seseorang individu dengan individu yang lain secara mudah. Bukan itu sahaja, malahan ia juga mendatangkan banyak manfaat kepada saya. Bagi saya, dengan adanya teknologi komunikasi ia membantu saya untuk melakukan perkara kegemaran saya atau hobi dengan lebih mudah. Sebagai contoh, teknologi komunikasi termasuklah komputer yang mana ia membolehkan saya untuk menggunakannya termasuk melayari internet.
Komputer adalah merupakan suatu alat teknologi komunikasi yang membolehkan saya untuk melakukan pelbagai kegiatan untuk berkomunikasi iaitu seperti dengan adanya komputer dan juga internet, saya dapat menerima sesuatu maklumat dengan cepat. Melalui internet dan kemudahan komputer saya juga dapat membaca surat khabar secara online dan seterusnya mambantu saya untuk mengetahui sesuatu perkara. Sesuatu maklumat itu akan dapat diterima dengan mudah sama ada ia berkaitan dengan negara luar atau di dalam. Dengan itu, ia akan dapa membantu saya mendapatkan informasi mengenai sesuatu hal semasa dengan berkesan dan mudah tanpa perlu untuk membeli surat khabar atau apa sahaja.
Selain itu juga, internet sememangnya satu kemudahan pembelajaran yang tidak dapat disangkal lagi keberkesanannya. Dengan adanya kemudahan internet sendiri di rumah, para pelajar seperti saya juga dapat mengakses apa-apa sahaja maklumat yang diperlukan dengan cepat dan jelas tanpa perlu bersusah payah untuk menyelak helaian buku rujukan yang tebal dan memeningkan kepala. Secara tidak langsung, suasana pembelajaran menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Dengan itu, ia akan memudahkan lagi saya untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan dengan lebih mudah tanpa perlu untuk membelanjakan wang untuk membeli buku-buku keperluan. Ini kerana, dengan adanya teknologi komunikasi seperti komputer dan juga internet ia memberi banyak manfaat kepada saya.
Dengan teknologi komunikasi, ia memudahkan para pelajar untuk mendapatkan maklumat pembelajaran dengan mudah dan cepat.
Selain dapat mencari maklumat melalui enjin carian, terdapat banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dengan internet. Antara kegunaan internet yang lain adalah mencari dan memainkan muzik pilihan kita sendiri, menonton siaran televisyen melalui internet, menyertai laman sosial untuk menambahkan kenalan dan banyak lagi. Sebagai contoh laman sosial yang sering saya lakukan menerusi internet adalah seperti 'facebook' , 'twitter', 'yahoo messenger', 'skype' dan sebagainya. Menerusi laman sosial ini, terdapat banyak manfaat yang perolehi antaranya adalah seperti saya dapat menemui kembali rakan sekolah saya dahulu, dapat berkenalan dengan ramai orang dan menambahkan lagi bilangan kawan serta dapat berhubung dengan kawan-kawan saya dengan begitu mudah. Selain itu, bukan hanya teknologi komunikasi seperti komputer yang saya dapat guna untuk melayari internet, malahan kini saya juga dapat melayari internet dengan cara yang lebih mudah iaitu menggunakan telefon.
facebook
Disamping itu juga, dengan penggunaan teknologi komunikasi juga saya dapat menjalankan kegiatan perniagaan seperti perniagaan kek dengan hanya melayari internet termasuk laman sosial iaitu 'facebook'. Ia bukan hanya mendatangkan keuntungan kepada saya, malahan saya juga dapat menyerlahkan lagi bakat yang saya ada dalam membuat kek serta dapat untuk mempromosikan kek tersebut hingga ke serata tempat.
CUPCAKES
MINI APAM