Kini segalanya telah mencapai kemajuan dan berubah ke arah yang lebih canggih dan moden setanding dengan negara-negara yang kini sedang membangun. Dalam dunia yang kian pesat dengan kemajuan, kecanggihan teknologi kini juga turut semakin moden sepertimana yang diperkatakan oleh generasi kini bahawa dunia semakin moden dengan globalisasi. Peralatan-peralatan yang canggih juga telah direkapakai oleh semua golongan.
I PHONE 5
BLACKBERRY TORCH
Ia adalah merupakan salah satu peralatan telekomunikasi yang amat moden yang bukan sahaja digunakan untuk berkomunikasi dengan seseorang malah ia juga berfungsi sebagai alat teknologi yang turut membolehkan pengguna mendapatkan segala maklumat yang diperlukan. Sebagai bagaimana yang telah kita ketahui bahawa telefon yang terawal telah dicipta khas oleh Alexander Graham Bell yang mana ia telah menjadi suatu alat yang cukup moden pada suatu ketika dahulu dan memainkan peranan penting kepada semua individu pada ketika itu.
i Pad
Peralatan ini juga dikatakan suatu alat yang cukup moden pada masa kini yang mempunyai pelbagai fungsi penting dalam kehidupan. Ia bukan sekadar mudah untuk dibawa kemana sahaja malah cukup ringan dan mampu untuk memberikan lebih manfaat kepada semua. Bukan itu sahaja, malahan ia juga dikatakan mengganti keybord ataupun leptop untuk lebih mudah digunakan dimana sahaja.
Seterika juga adalah merupakan suatu alat yang turut dikatakan suatu teknologi pada masa kini. Hal ini demikian kerana, dengan adanya peralatan tersebut ia juga membantu manusia untuk memberi kemudahan mengeringkan baju. Sepertimana yang kita ketahui bahawa pada masa dahulu manusia hanya menggunakan seterika yang mana terdapatnya arang di dalam seterika tersebut dan merumitkan para pengguna pada masa dahulu untuk menggunakannya berbanding pada masa kini.
Mesin basuh amat penting kepada generasi pada masa kini yang mana ia membantu manusia melakukan kerja-kerja membasuh dengan lebih cepat dan mudah. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan masa pengguna yang menggunakannya.
No comments:
Post a Comment