Komunikasi ialah merupakan proses interaksidan perkongsian makna, pertukaran idea, pendapat atau perkongsian maklumat sama ada secara bertulis, simbol, bunyi-bunyian atau pertuturan baik yang disampaikan secara bersemuka mahupun menggunakan media massa.melalui proses komunikasi, terdapat beberapa elemen komunikasi yang dapat dikenalpasti. Antaranya adalah seperti sumber, penerima, saluran, mesej, gangguan,maklum balas dan konteks. Elemen-elemen ini memainkan peranan penting didalam proses komunikasi. Perkongsian informasi tidak dapat terhasil apabila mesej yang disampaikan itu tidak dapat diterima oleh seseorang dengan baik.
Terdapat beberapa elemen di dalam komunikasi. Antaranya adalah :
SUMBER
Sumber adalah merupakan elemen komunikasi yang pertama. Dengan adanya sumber, suatu proses komunikasi dapat di jalankan. Kebiasaannya, sumber terdiri daripada individu, kumpulan mahupun sesebuah badan organisasi. Contohnya ialah seperti televisyen, radio, surat khabar, laman web dan sebagainya. Media massa sering dikaitkan sebagai sumber utama kepada masyarakat untuk memperoleh maklumat tentang perihal sesuatu. Selain itu, sumber juga berperanan dalam menyebar, berkongsi pendapat atau maklumat serta menjalinkan hubungan untuk perubahan. Dalam erti kata lain, sumber adalah merujuk kepada punca terhadap sesuatu maklumat. Melalui sumber juga, ia mampu menentukan kefahaman, tahap keyakinan, kepercayaan dan sesuatu yang disampaikan mampu untuk difahami oleh khalayak.
MESEJ :
Mesej adalah merupakan elemen yang kedua terdapat dalam proses komunikasi. Ia dikenali juga sebagai maklumat atau informasi. Mesej adalah bermaksud perihal sesuatu yang terkandung dalam simbol-simbol yang digunakan dalam penyampaian. Selain itu, mesej juga mengandungi maklumat serta perasaan yang ingin dikongsi antara sumber dan penerima. Terdapat dua bentuk mesej yang disampaikan iaitu lisan dan tanpa lisan. Disamping itu, terdapat tiga ciri utama dalam mesj yang berkesan. Antaranya adalah kod mesej,kandungan mesej dan pengolahan mesej. Penyampaian sesuatu mesej perlu diberi perhatian. Hal ini demikian kerana, sesuatu mesej yang disampaikan perlu mengambil kira jenis khalayaknya.
tidak berlaku lagi.
SALURAN :
Saluran adalah merupakan alat atau perantara bagi menyalurkan mesej dari sumber kepada penerima sama ada individu mahupun kumpulan. Mesej yang disampaikan oleh sumber harus melalui saluran terlebih dahulu sebelum ianya dapat diterima oleh khalayak. Saluran adalah merupakan elemen ketiga dalam komunikasi. Pemilihan saluran amat penting kerana ia membantu dalam memberi keberkesanan komunikasi. Pemilihan saluran yang tepat memberi kesan kepada keberkesanan komunikasi. Terdapat tiga bentuk saluran iaitu media massa, bersemuka dan mesej bukan lisan.
PENERIMA :
Penerima adalah merupakan pihak yang menerima, mentafsir dan memberi makna terhadap sesuatu mesej. Penerima merupakan elemen keempat yang terdapat di dalam komunikasi. Selain itu, penerima juga perlu mempunyai keupayaan untuk mendekod sesuatu iaitu bermaksud member mana pada symbol-simbol. Penerimaan juga berperanan sebagai pendengar dan melihat terhadap sesuatu perkara. Kebiasaannya penerima terdiri daripada individu, kumpulan dan organisasi. Penerima juga merupakan orang yang telah disasarkan oleh sumber dan mereka dikenali sebagai khalayak sasaran. Khalayak sasaran berfungsi untuk menentukan penerimaan dan pemahaman sesuatu mesej. Tafsiran terhadap penerimaan mesej juga disampaikan adalah berbeza-beza mengikut pemikiran dan pemahaman penerima. Sesuatu mesej yang disampaikan perlu difahami dan diterima oleh penerima. Pembentukan mesej dan pemilihan saluran yang berkesan merupakan cabaran utama bagi sumber dalam proses komunikasi untuk memastikan penerima tidak diperlekehkan dalam usaha penyampaian dan penerimaan mesej yang positif.
GANGGUAN :
Gangguan adalah merupakan elemen yang wujud di antara mesej dan saluran. Gangguan yang dimaksudkan di sini adalah merupakan sesuatu yang menjadi penghalang di dalam proses komunikasi yang berlangung dengan berkesan. Selain itu, gangguan juga berlaku apabila penerima tidak menerima mesej dengan tepat dan jelas dari sumber atau sebaliknya. Dengan adanya gangguan tersebut,sesuatu proses komunikasi tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan tidakdapat berlangsung sepertimana yang di harapkan oleh sumber. Hal ini demikian kerana, sesuatu mesej yang ingin disampaikan oleh sumber itu tidak dapat disampaikan dengan berkesan. Hal ini juga mnyebabkan mesej yang disampaikan itu tidak dapat diterima oleh penerima dan penerima juga tidak dapat memahami mesej yang disampaikan itu. Sesuatu mesej itu bukan sahaja tidak dapat disampaikan maksudnya malahan berkemungkinan besar berlaku tafsiran yang salah disebabkan oleh gangguan. Disamping itu juga, gangguan juga adalah merupakan antara elemen yang bersifat negatif dalam proses komunikasi. Hal ini adalah disebabkan oleh ia menghalang kepada keberkesanan dan kejayaan sesuatu proses komunikasi. Terdapat beberapa contoh punca gangguan ini berlaku di dalam proses komunikasi. Antaranya adalah seperti gangguan ini berlaku disebabkan oleh keadaan sekeliling atau fizikal. Selain itu, faktor mental iaitu seperti fikiran mahupun emosi yang terganggu juga mampu menghalang sesuatu proses komunikasi itu berlaku dengan lancar dan sebaiknya. Faktor semantik atau fisio psikologi iaitu seperti sebutan mahupun perbezaan budaya juga boleh menjadikan sesuatu komunikasi itu tidak berjalan dengan lancar dan mesej yang disampaikan juga tidak dapat difahami umum.
MAKLUM BALAS :
Maklum balas merupakan reaksi yang ditunjukkan oleh penerima terhadap mesej yang disampaikan oleh sumber. Melalui maklum balas ia mampu menentukan pemahaman penerima terhadap sesuatu mesej yang diterima. Selain itu, ia juga menentukan sama ada proses komunikasi itu berjalan secara sehala atau dua hala. Maklum balas juga boleh dikenal pasti melalui mimik muka dan perlakuan. Keadaan-keadaan tersebut seterusnya akan membawa kepada tindakan seperti pengakuan, pertanyaan dan penggunaan barangan atau perkhidmatan serta keyakinan terhadap sesuatu jenama dan organisasi. Ianya dikenali sebagai maklum balas secara bukan lisan. Manakala bagi maklum balas yang lisan adalah merupakan maklum balas secara bersemuka dan berkomunikasi dengan menggunakan percakapan yang berbalas di antara sumber dan penerima.
KONTEKS :
Proses komunikasi berlaku di dalam beberapa konteks tertentu. Konteks merujuk kepada sesuatu suasana atau keadaan sekeliling dimana aktiviti komunikas itu berlaku. Selain itu, konteks juga mencakupi sama ada formal atau tidak formal. Kebiasaannya, tindakan komunikasi dipengaruhi oleh keadaan tertentu. Contohnya, sesuatu proses komunikasi berlaku di antara ahli-ahli kumpulan dalam proses pengelolaan aktiviti kerja organisasi. Konteks berbeza-beza dari segi masa dan siapa yang berkomunikasi. Selain itu, ia juga memberi kesan komunikasi yang lain. Konteks juga mempengaruhi bentuk dan kandungan mesej yang disampaikan.
Tenkiu...mklumat yg dpaparkn byk mbantu :)
ReplyDelete