Sunday, 15 April 2012

MELAYARI INTERNET ADALAH MERUPAKAN HOBI SAYA SEHARIAN

Sebagaimana yang kita ketahui, setiap individu akan mempunyai hobi atau sesuatu yang digemari untuk dilakukan dalam kehidupan seharian. Ia tidak akan mengira apa jenis kegiatan yang akan dilakukan oleh seseorang itu sama ada ia menarik ataupun tidak. Hal ini kerana, seseorang individu akan melakukan apa sahaja yang mereka inginkan asalkan apa yang mereka lakukan itu suatu perkara yang menarik minat mereka untuk melakukannya. Bagi saya pula, saya lebih meminati dan menggemari teknlogi pada masa kini untuk dijadikan hobi. Hobi saya adalah 'melayari internet'.  Sebagaimana yang kita ketahui, pada dunia yang sedang pesat membangun ini pelbagai teknologi telah direka cipta termasuklah internet. Bagi saya internet adalah merupakan suatu perkara yang menarik untuk dijadikan hobi kerana ia terdapat pelbagai manfaat kepada saya.

 

Selain itu, bagi saya juga melayari internet adalah merupakan suatu hobi yang amat berguna kepada kita. Ia bukan sahaja memudahkan seseorang individu itu untuk menggunakannya malahan ia juga memberi satu perkara baru untuk mempelajarinya. Hal ini demikian kerana, terdapatnya pelbagai perkara menarik untuk menarik saya menggunakannya. Disamping itu, saya hanya memerlukan komputer dan internet bagi menjalankan hobi saya ini. Ia amat memudahkan saya untuk menggunakannya seharian.


No comments:

Post a Comment