Sunday, 15 April 2012

TEKNOLOGI MEMBANTU DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN


Teknologi adalah merupakan satu perkara yang amat penting dalam membantu saya membuat keputusan. Sebagai contoh, teknologi yang membantu saya dalam membuat keputusan ialah seperti komputer. Melalui komputer saya menggunakan internet yang mana ia membantu saya dalam mendapatkan maklumat yang saya perlukan. Selain itu, ia juga membantu saya untuk berinteraksi dengan kawan-kawan serta semua individu. 
Disamping itu, teknologi juga turut memudahkan saya untuk menjalankan perniagaan serta memajukan lagi perniagaan tersebut. Bukan sahaja perniagaan saya bertambah maju malahan saya juga dapat mempelajari selok belok berkaitan dengan perniagaan. Dengan itu, saya dapat memajukan lagi perniagaan saya walaupun secara kecil-kecilan.  Saya dapat mempromosikan perniagaan saya itu dengan mudah melalui laman sosial seperti 'facebook'.

 Selain itu, teknologi seperti telefon juga adalah antara alat yang juga turut membantu saya dalam melancarkan lagi perniagaan saya serta dapat membolehkan saya untuk berinteraksi dengan sesiapa sahaja dengan mudah dan cepat. Hal ini demikian kerana, kini telefon bukan sahaja untuk berkomunikasi malahan ia juga mampu untuk digunakan bagi melayari internet.

   

No comments:

Post a Comment